Followers

Sunday, June 15, 2014

Sebuah Senyuman

Assalamualaikum and Hi semua….

Sekarang bila da start nak aktif semula blog nie cam banyak plak idea yang nak dikongsi. Tapi hari nie rasa nak cakap something yang selalu kita sepatutnya jadikan amalan tapi kita selalu lupa.

Dulu time sis kecik2 kan, kalau pegi pasar malam tu mak selalu geleng kepala kat sis. Sampai je umah mesti mak tanya camni " kenal ke semua orang kat pasar tadi?"

What do you think? why my mom ask me that question?

Sebenarnya sis masa kecik2 dulu memang peramah, senyum je kat sesape yang xkenal pun. Kadang2 rase seronok boleh senyum n lagi bahagia bila ade yang balas senyum kat kita padahal dia pun xkenal kita. Best kan. Nak2 dapat senyuman dari jejaka ensem kat pasar tu… HaHaHa (Gatai)..

Tapi bila selalu sangat mak da tahu da mane orang yang sis kenal n mane yang sis xkenal. Cara die kalau yang kenal sis xmaen la senyum kambing je. Kalau da kenal tu p je hempuk bahu die..HaHaHa.. Nak2 kalau dia xperasan kita, memang sah2 kene la..HaHaHa.

Dunia kanak2 sis camtu la. Bahagia je rasa. Tapi sekarang selalu jugak senyum tapi tu lah bila ada yang bila kita senyum, dia balas ngan jelingan maut sis terus jadi kaku. Sekarang senyuman sis jadi mahal da. Nak kembali ke alam kanak2 yang pemurah dengan senyuman tu. :)

Tak kisah lah apa pun pandangan orang pada senyuman kita. Yang penting senyum itu sedekah yang paling mudah kita lakukan kepada sesiapa sahaja. Senyuman yang ikhlas itu di berikan kepada sesiapa sahaja yang sudi atau xsudi. Sis pernah dengar ustazah cakap " kalau terdetik dalam hati kita kenapa orang yang kita senyum xbalas tu nama nya xikhlas. So, Kalau nak ikhlas kita kenalah senyum tanpa harap apa2. Pahala dapat hati pun lebih tenang…

Jadinya kita ni kadang2 kene ikut dan ambik pengajaran dari budak2. Bukan budak2 je nak kene ikut tunjuk ajar kita yang kadang2 tu xbetul jugak. Refresh sentiasa senyuman kita.

Senyum Itu Sedekah Yang Paling Mudah Kita Amalkan.

Selamat Beramal.

'Yang Tua DiHormati, Yang Muda DiKasihi'

Wassalam….


No comments: