Assalamualaikum..
Hari Raya baru2 nie sis dapat hadiah paling istimewa dalam hidup sis. Hadiah yang buat sis senyum ke hujung telinga walaupun waktu tu kepastian tiada lagi. Tapi sis boleh cakap hadiah itu mampu mengubat luka 2tahun lalu.
Seriusly, sampai hari ni keje sis senyum je. Nak tahu ke apa hadiah tu? Hadiah yang sis rasa bukanlah barangan yang berjuta2 ringgit, bukan juga emas permata. Dia tiada dalam bentuk fizikal but subjektifnya hadiah ini buat hati sis berdebar. And sis harap inilah dia hadiah terakhir yang boleh bawak sis ke syurga kelak.
Sesungguhnya Allah memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Allah Maha Mendengar wahai sahabat sekalian. Katakan hari ini kita sedih, hati kita hancur remuk. Sujudlah pada Dia, Mengadulah pada Dia sewaktu semua orang busy and tiada masa untuk kita. Ketahuilah waktu sendirian itu adalah waktu terbaik untuk kita bersama Pencipta.
Jangan malu ye untuk mengalirkan air matamu pada Maha Pencipta. Jangan ego sangat takot nanti uolls yang rugi tau. Kadang2 bili kita ditempat yang tinggi dan selesa, tunduklah memandang meraka yang dibawah kerna kelak mungkin kita juga akan berada ditempat itu. Muhasabah diri selalu, perbaharui azam mungkin. Niat kerana Allah dengan apa sahaja yang kita lakukan.
Dulu sis pun terbabas jugak. Biasalah manusia tidak pernah lekang dari berbuat kesalahan tapi Allah juga Maha Pengampun. Oleh itu, mohonlah keampunan apabila tersedar. Tidur sis panjang jugak sehinggalah hadiah yang sis dapat ni semacam membuka ruang untuk sis kembali. Orang cakap if benda yang datang pada kita mengingatkan kita pada Dia, Itu petanda sesuatu itu adalah yang baek untuk kita. Bila difikir2 kan balik, benda yang baek jangan ditolak.
Sis terima sebab memang sis ni gelojoh. Tapi bagi sis da Allah bagi pada sis hadiah ni and hadiah yang baek pulak tu why not sis accept dengan hati yang terbuka. Nak pulak benda ni datang and buat sis tenang and lapang dada. So, sis tanya pendapat kakak sis and family, diorang pun suka. Yang penting Abah and Cik(emak) sis suka.
Sis nie ibarat kanak2 mendapat gula2 yang comel warna warni tu. Suka macam nak melompat. Kalau sis budak kecik sis rasa da lame sis "yeay" kan and melompat2 macam kera kene belacan tu. HaHaHa. Tapi sis kene la buat cool kan.
Sesungguhnya yang terbaik untuk kita adalah yang diatur oleh Allah. So, belajarlah menerima setiap hadiah yang diberikan. Belajar juga redho dengan ujian yang diberikan. Jangan pernah menrungut dengan kehidupan kita. Kerana ia telah ditetapkan. Jadi bila kita diberi ruang dan peluang untuk kembali apabila terbabas, jangan kita sombong dengan menolaknya.
Hati Yang Bahagia Apabila Diberi Hadiah Yang diTunggu.
~ Hadiah itu nanti kita akan cerita kemudian ~ :)
Wassalam….