Followers

Saturday, June 28, 2014

Ramdhan

Assalamualaikum…

Salam Ramadhan al-mubarak.





First day puasa da ada dugaan yang Allah bagi. Pagi2 tadi sebelum shur anak buah comel nangis xhenti2 dari kul 1.30pagi sampai la ke sahur. So, semua memang xyah nak kejut bangun da sedia ada terang mata. Just panggil makan je. Senang je semua tuk first day nie. Rajin bangun sahur. 

Sahur nie satu sunnah. Di buat dapat pahala. Sunat sahur nie patut kita amalkan. Bukan saja2 je tau. Banyak hikmah bersahur nie. Antara hikmahnya, kita kan nak berpuasa sepanjang hari dari terbit fajar hingga terbenam matahari. So, bila kita da isi perut kita dengan something, xde la kita rase lapar yang teramat sangat kan. 

Lagi satu, sahur  nie ibarat sarapan pagi la. Pernah x dengar cikgu2 atau doktor2 selalu pesan pengambilan makanan pagi amat penting. Sarapan tidak boleh skip tau. Sarapan pagi amat penting untuk memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan aktiviti harian. 

Orang yang mengambil sarapan pagi lebih cenderung kepada memiliki berat badan yang ideal berbanding mereka yang diet dengan meninggalkan sarapan pagi mereka. 

Sebab itu jugak lah bersahur ini penting. kalau biase kita makan 3 kali sehari (standard) tapi bila puase kita hanya makan 2 kali sehari waktu sahur and berbuka. Sahur disunatkan dilewatkan tapi berbuka sunat berbuka diawal waktu setelah yakin masuk waktu berbuka. 

Berbuka amat digalakkan mulakan dengan memakan manisan. Kalau zaman rasulullah, berbuka dimulakan dengan buah kurma. Mulakan dengan kurma dan air dahulu. Kemudian selesai solat maghrib, barulah diambil makanan berat yang lain2 nya. Ada sebab jugak digalakkan begitu. Antara sebabnya adalah, bila perut kenyang kita akan rasa malas. Berat perut and segalanya. Mulalah ada yang skip maghrib alasannya terlalu kenyang. Dengan manisan, kita telah cukup dibekalkan tenaga untuk solat. Selepas itu baru makan makanan yang da di beli di bazar yang pelbagai aneka tu. Tapi ingat solat isyak n terawih masih menanti kita.

Jadi berpadalah dalam menikmati berbuka puasa. Jangan sampai berlebihan mengikut hawa nafsu semata. Ingat berhenti makan sebelum kenyang. Kalau da terlalu kenyang semua akan tertinggal. 

Selain bersahur n berbuka. Ada banyak lagi yang penting yang perlu kita ingat sepanjang ramadhan nie. Sebenarnya bukan puasa je kita kena amalkan tapi sepanjang masa. Cuma kita manusia kadang2 terlalu asyik dengan perkembangan dunia yang dibawa oleh barat.

Sepanjang bulan puasa nie tolong lah semua kaum ku. Kaum Hawa yang sangat ku kasihi. Jagalah maruahmu, jaga juga lidahmu. Jaga pandanganmu, jagalah juga telingamu. Jaga Pemakaian mu dan segala perhiasan dirimu. Ingatlah dirimu ibarat permata, jadilah dikau permata yang bersinar diantara permata dan kaca. Jangan jadikan dirimu kaca diantara permata. 

Kita buka buku baru untuk diri kita sempena ramadhan ni. Mulakan perubahan yang terbaek untuk diri kita. Jangan hiraukan kata kawan2 yang kaca itu. Ikutlah nasihat sang permata agar anda juga menjadi permata. Jangan kita memberi dosa kepada kaum adam. Kaum itu sepatutnya melindungi kita, tapi jangan disebabkan penampilan kita mereka menjadi buas terhadap kita. 

Ingat bulan puasa ni setan2 tu semua kene ikat da. So, mudah je nak mulakan langkah pertama nie. Tengok kat cermin, semak2 balik diri kita dari luar hingga dalam. Dari atas hingga bawah. Cantikkah kita pada pandangan Yang Maha Pencipta? Jangan soal cantik or tidak pada pandangan lelaki or kawan2 kita. Persetankan semua pandangan makhluk Allah dimuka bumi ini. Tapi persoalkan pandangan Yang Memiliki Dunia ini terhadap kita sebagai peminjam. 

Bila kita berusaha, kita akan berjaya.

Muhasabah diri bersama ya kawan2. Sama2lah kita ubah diri kearah yang lebih baik.

Selamat Menyambut Bulan Ramdhan yang Penuh Keberkatan dan Mulia ini dengan Lebih bermakna.

Sekian….


Thursday, June 19, 2014

Buku

Assalamualaikum…


Kepada penggemar buku, buku sangat berguna. Kepada yang tidak gemarkan buku, buku itu membosankan. Tapi dalam setiap buku terkandung banyak perkara yang berguna dan ilmu yang boleh kita pelajari. Tidak kisahlah buku itu buku fiksyen or sebaliknya. Memang buku tempat mendapatkan ilmu secara tidak langsung.


Kata orang novel ni tuk orang2 yang jiwang je. Tapi sebenarnya mak sis pun layan novel tau. Dalam novel ni selain dari cerita dongeng yang indah, dia terkandung pengajaran yang kita dapat ambil and aplikasikan lam hidup kita. Tapi kita tak sedar. Yang kita tahu baca novel senyum sorang2 pastu berangan tuk jadi heroin dalam novel tu. 


Sekarang ni plak musim drama or movie adaptasi dari novel plak. Makin sumbing la senyuman anak gadis ngadap tv tu. Percaya la memang banyak yang indah di dalam novel tak dapat kita jumpa lam realiti tapi hakikatnya, yang buruk tu banyak berlaku lam dunia realiti kita ni. So, apalagi ambik lah yang buruk tu jadikan sempadan hidup kita sekarang. And yang baik tu jadikan sandaran kita suatu masa nanti. 


Jangan pandangan kita ditutup oleh syoknya and indahnya dongeng itu. Tapi jadikan indahnya itu sebagai senjata kita untuk berubah lebih baik. Sekarang banyak jugak sis tengok buku novel yang ilmiah and islamik. Budaya kita sekarang memang sewajarnya diterapkan dengan lebih mendalam islamik secara santai dalam bentuk novel. Itu idea kreatif sebenarnya.


Buku kreatif adalah medan yang cukup baik untuk kita lemparkan dan kongsikan pendapat kepada para remaja. Remaja sekarang kurang minat membaca buku, jadi ramai yang gunakan blog dan facebook sebagai medan menyampaikan dakwah dan peringatan. Itu cukup bagus. Sekurang2nya ada yang baca walaupun tak semua orang. Bak kata ilmuan dan ulama' sampaikan walau satu ayat. Walau pahit sampaikanlah jika ianya benar. 


Jadi remaja ni luangkanlah sedikit masa anda untuk membelek buku dari hanya mengadap muka buku. 

Kembangkan minat mengadap muka buku kearah membelek kedalam buku. HaHaHa.

Dunia tanpa sempadan. Buku dalam bentuk digital sudah banyak. Dengan  satu klik anda dapat membaca. Jangan jadi dewasa buta kayu. Ingat dulu negara kita dijajah sebab rakyatnya malas membaca. 



' Membaca Jambatan Ilmu '


~Wassalam~

Sunday, June 15, 2014

Sebuah Senyuman

Assalamualaikum and Hi semua….

Sekarang bila da start nak aktif semula blog nie cam banyak plak idea yang nak dikongsi. Tapi hari nie rasa nak cakap something yang selalu kita sepatutnya jadikan amalan tapi kita selalu lupa.

Dulu time sis kecik2 kan, kalau pegi pasar malam tu mak selalu geleng kepala kat sis. Sampai je umah mesti mak tanya camni " kenal ke semua orang kat pasar tadi?"

What do you think? why my mom ask me that question?

Sebenarnya sis masa kecik2 dulu memang peramah, senyum je kat sesape yang xkenal pun. Kadang2 rase seronok boleh senyum n lagi bahagia bila ade yang balas senyum kat kita padahal dia pun xkenal kita. Best kan. Nak2 dapat senyuman dari jejaka ensem kat pasar tu… HaHaHa (Gatai)..

Tapi bila selalu sangat mak da tahu da mane orang yang sis kenal n mane yang sis xkenal. Cara die kalau yang kenal sis xmaen la senyum kambing je. Kalau da kenal tu p je hempuk bahu die..HaHaHa.. Nak2 kalau dia xperasan kita, memang sah2 kene la..HaHaHa.

Dunia kanak2 sis camtu la. Bahagia je rasa. Tapi sekarang selalu jugak senyum tapi tu lah bila ada yang bila kita senyum, dia balas ngan jelingan maut sis terus jadi kaku. Sekarang senyuman sis jadi mahal da. Nak kembali ke alam kanak2 yang pemurah dengan senyuman tu. :)

Tak kisah lah apa pun pandangan orang pada senyuman kita. Yang penting senyum itu sedekah yang paling mudah kita lakukan kepada sesiapa sahaja. Senyuman yang ikhlas itu di berikan kepada sesiapa sahaja yang sudi atau xsudi. Sis pernah dengar ustazah cakap " kalau terdetik dalam hati kita kenapa orang yang kita senyum xbalas tu nama nya xikhlas. So, Kalau nak ikhlas kita kenalah senyum tanpa harap apa2. Pahala dapat hati pun lebih tenang…

Jadinya kita ni kadang2 kene ikut dan ambik pengajaran dari budak2. Bukan budak2 je nak kene ikut tunjuk ajar kita yang kadang2 tu xbetul jugak. Refresh sentiasa senyuman kita.

Senyum Itu Sedekah Yang Paling Mudah Kita Amalkan.

Selamat Beramal.

'Yang Tua DiHormati, Yang Muda DiKasihi'

Wassalam….


Wednesday, June 11, 2014

Salam Pertemuan

Assalamualaikum….

Post yang lama2 tu da di delete atas sebab2 tertentu. Bagi yang selalu mengikuti blog saya, saya akan mula aktifkan kembali blog nie ye..

Blog ini saya akan gunakan sebagai medan luahan idea kreatif. Anda juga boleh emelkan idea kreatif anda untuk sy paparkan didalam blog ini(hanani.syahmad@gmail.com). Selain itu blog ini juga akan dijadikan media jualan on9 saya.. nak tahu apa yang saya buat ikutilah blog saya nanti..

Xsabar nak mulakan semula blog nie…


Wassalam… 


Sehingga bertemu kembali.. Kasihku Bertaut Disini…